Pages

Monday, 15 December 2014

Bicara.....

Bicara dengan hati
Hati engkau sering kali disakiti 
Tetapi kau mampu bertahan selagi kau mahu
Hati tak semua orang mampu menjaga kau untuk tidak disakiti
Semua orang mampu mengubat kesakitan yang kau rasai bila mereka mahu.

Sering kali kita berbicara 
Mampu ke kita berbicara dengan sendiri tanpa rasa terluka
Hati jika engkau mampu bertahan dengan segala kesakitan itu 
Walaupun sering kali orang tidak menghargai engkau sehingga sekarang.

Mampu kah kau bertahan sehingga sekarang 
Mampu kah kau melawan segala kesakitan pada diri kau
Segalanya terjawab bila kau mampu tersenyum dari kesakitan itu
Segalanya terjawab bila kau mampu melawan dengan menyembunginya dengan kegembiraaan.

Hati engkau memang kuat untuk segalanya
Tanpa seseorang menyedarinya dan menghargainya
Teruskan bertahan selagi mampu tersenyum dengan segala kesakitan
Teruskan mengembirakan untuk tidak memberi hati yang lain disakiti dan merasa kesakitan

Dia yang pernah bertakhta di hati

Kenapa dan mengapa?

Saat aku cuba untuk memperbaiki keadaan dengan dia tetapi muncul yang lain dan mereka mengganggu aku untuk membuat pilihan antara Dia,Engkau dan Kamu... Kenapa dan mengapa bila aku cuba untuk kembali memperbetulkan keadaan semua hadir untuk memberi aku ujian.

Mengapa?Adakah kami tiada jodoh dan tak ditakdirkan untuk bersama lagi.Kenapa perlu hadir nya yang lain setelah hati ini ingin membuat keputusan yang terakhir dan tidak akan berpaling walaupun sekian kali.Aku juga tidak pasti dapat ke dia menerima aku setelah apa yang berlaku.

Dia adalah Saifullah seorang insan yang mampu bertahan dengan ego dan panas baran aku.Dia juga mampu buang segala ego dan panas baran nya semata mata untuk aku tapi itu semua aku tidak ku sedar sehingga la hati aku masih menanti dia sehingga sekarang dan tiada lain yang mengantikan tempatnya dihatiku.

Biar sejuta mana kumbang kumbang terbang untuk mendapatkan sekuntum bunga untuk dijadikan sesuatu yang sangat berharga tetapi tidak la ia begitu senang untuk mereka dapati nya. Kenapa perlu sejuta halangan untuk memiliki kebahagiaan setelah kita mula menyedar kesilapan itu.

Tidak boleh ke seseorang itu untuk memperbetulkan keadaan itu dan ingin memiliki kebahagiaan itu tanpa halang, bukan kebahagiaan kalau tidak ada halangan setiap halangan yang hadir untuk memperkuatkan lagi sesebuah perhubungan.

Seseorang tidak meminta lebih untuk mendapat kebahagiaan tetapi mereka meminta untuk orang disayangi berada disisi sewaktu senang dan susah bersama.Ya memang susah untuk memilik semua itu tapi tak semua yang kita mahu kita mampu kecapi tanpa usaha dan kesabaran.

Semoga suatu masa ia hadir terbang untuk mendapat kuntum bunga yang dia ingin memiliki dan tidak melepaskannya tanpa kata dan tanpa bicara tetapi ia menjaga kuntum bunga itu dengan baik dan tanpa meninggalkan ia lagi.