Pages

Monday, 15 December 2014

Dia yang pernah bertakhta di hati

Kenapa dan mengapa?

Saat aku cuba untuk memperbaiki keadaan dengan dia tetapi muncul yang lain dan mereka mengganggu aku untuk membuat pilihan antara Dia,Engkau dan Kamu... Kenapa dan mengapa bila aku cuba untuk kembali memperbetulkan keadaan semua hadir untuk memberi aku ujian.

Mengapa?Adakah kami tiada jodoh dan tak ditakdirkan untuk bersama lagi.Kenapa perlu hadir nya yang lain setelah hati ini ingin membuat keputusan yang terakhir dan tidak akan berpaling walaupun sekian kali.Aku juga tidak pasti dapat ke dia menerima aku setelah apa yang berlaku.

Dia adalah Saifullah seorang insan yang mampu bertahan dengan ego dan panas baran aku.Dia juga mampu buang segala ego dan panas baran nya semata mata untuk aku tapi itu semua aku tidak ku sedar sehingga la hati aku masih menanti dia sehingga sekarang dan tiada lain yang mengantikan tempatnya dihatiku.

Biar sejuta mana kumbang kumbang terbang untuk mendapatkan sekuntum bunga untuk dijadikan sesuatu yang sangat berharga tetapi tidak la ia begitu senang untuk mereka dapati nya. Kenapa perlu sejuta halangan untuk memiliki kebahagiaan setelah kita mula menyedar kesilapan itu.

Tidak boleh ke seseorang itu untuk memperbetulkan keadaan itu dan ingin memiliki kebahagiaan itu tanpa halang, bukan kebahagiaan kalau tidak ada halangan setiap halangan yang hadir untuk memperkuatkan lagi sesebuah perhubungan.

Seseorang tidak meminta lebih untuk mendapat kebahagiaan tetapi mereka meminta untuk orang disayangi berada disisi sewaktu senang dan susah bersama.Ya memang susah untuk memilik semua itu tapi tak semua yang kita mahu kita mampu kecapi tanpa usaha dan kesabaran.

Semoga suatu masa ia hadir terbang untuk mendapat kuntum bunga yang dia ingin memiliki dan tidak melepaskannya tanpa kata dan tanpa bicara tetapi ia menjaga kuntum bunga itu dengan baik dan tanpa meninggalkan ia lagi.

No comments:

Post a Comment