Pages

Saturday, 14 September 2013

Kisah Cinta Di PLKN


Percintaan Tanpa Di Duga Berputiknya Cinta Selepas PLKN

Seperti orang kata cinta tak kira umur ,tak kira pangkat ,tak kira darjat dan tak kira di mana kita ketemui cinta kita.. Tak pelik kan kalau kita ketemui cinta kita di PLKN ...Hmmmm... Dimana sahaja kita boleh ketemui cinta kita . Dimana kita lari ,,di mana kita mencari kalau cinta kita hadir tetap akan hadir cuma yang kita tak pasti kekal ke jinjang pelamin atau tidak ..Saya terasa teringin sahaja untuk mencoretkan tentang percintaan yang hadir selepas PLKN ..Tanpa di sangka tanpa di duga kita jadi perhati seseorang...Saya mulakan cerita ini...Sebenarnya cerita ini adalah benar sebab terjadi pada kawan saya.. Cinta Itu Buta Kan?

Nama diberi Alya,seorang gadis yang comel ,rendah,chubby sikit ,sopan santun dan pemalu orang nya. Perkenalan beliau bersama Amirul,seorang lelaki yang biasa sahaja tetapi riuh orangnya. Tanpa di duga oleh alya yang amirul sudah lama berkena dengan nya.PLKN Gua Musang adalah tempat pengenalan mereka.Alya bukan la seorang wanita yang suka melayan lelaki dan memang tak reti berbual dengan lelaki.Alya dan Amirul adalah satu komponen dalam kumpulan Beliau..Kali pertama Amirul memandang Alya,Amirul mula target dan berniat untuk memiliki alya..

Amirul selalu memerhatikan alya dari jauh.Hanya bertegur sekali sekala sewaktu dalam kumpulan.Alya tidak pernah sangka yang Amirul meminati nya selama nie.Sebelum mereka menamatkan program PLKN,Alya pernah tersalah memberi biodata nya kepada rakan nya . Di situ lah Amirul mendapat nombor telefon nya. Alya tidak sengaja mencoret kan tentang diri nya di dalam buku note Amirul.. Alya menyangka kan yang buku itu milik sahabat perempuan nya.Setelah Amirul mendapat nombor telefon Alya ,Amirul cuba untuk memiliki Alya tanpa jemu dan berusaha sendiri.Alya seorang pelajar di salah satu IPTS dan Amirul adalah seorang pekerja kelulusan Giant Mara,,

Walaupun memang susah untuk Amirul memiliki Alya tetapi dia berusaha seboleh nya.Alya di lamar oleh Amirul tetapi hati Alya adalah untuk orang lain.Hati nya untuk insan yang lama dikenali sewaktu zaman persekolahan. Alya cuba menerima Amirul dan lama kelamaan Alya mula menyanyangi Amirul. Walaupun jarak antara Melaka ke Kedah jauh tapi itu tak menghalang untuk mereka jujur dan setia.Alya tidak pernah sangka kan yang Amirul suka kan nya selepas Amirul cerita segala2nya.Memang sukar bagi mereka untuk ketemu kerana jarak yang memisahkan mereka.

Amirul sangat menyanyangi Alya sampai lah Amirul ingin kan Alya untuk menjadi permasuri dalam kehidupannya.Walaupun perkenalan yang singkat mereka berkenalan tetapi mereka bahagia dalam perhubungan yang terbina.Kejujuran Amirul membuatkan Alya merasa kan yang Amirul terlalu yakin yang Alya jodohnya sedangkan Alya tak inginkan Amirul berharap kerana Alya takut Amirul akan terluka suatu hari nanti jika kehilangan Alya.Amirul berubah sedikit demi sedikit untuk menjadi insan yang boleh menjaga Alya dan membimbing suatu hari nanti. Alya bukan la mengharap sesuatu yang sukar untuk Amirul bagi .Cuma yang Alya harapkan adalah tanggungjawabnya.

Percintaan mereka sudah hampir 3tahun dan Amirul terlalu yakin yang Alya jodohnya. Bagi alya jika jodohnya bersama Amirul dia terima seadaanya tetapi jika bukan dia terima semua suratan takdir .. Amirul berharap percintaan yang mereka jalin kan akan ke jinjang pelamin walaupun jauh mereka jauh dan hanya setahun 3kali sahaja dapat bertemu mereka tetapi berhubung dan jujur antara satu sama lain.Amirul selalu berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk Alya . Alya juga begitu walaupun kadang-kadang Alya merasa kan seperti kekosongan bila Amirul lambat hubungi dia. Seperti orang kata angau cinta nama nya itu.

* SEMOGA MEREKA KEKAL KE JINJANG PELAMIN DAN DI RESTUI KELUARGA YANG TERSAYANG..AMIN..INSYA ALLAH *



No comments:

Post a Comment