Orang Malam Tidur Tapi Aku siang Baru nak tidur
Aku seorang pelajar IPTS dan sekarang sedang menuntut di semester lima.Aku tak tahu kenapa aku tidak boleh tidur,Malam orang tidur tapi siang aku baru nak tidur.Aku selalu hadapi masalah ini.Memang penat juga la.Ubat yang di beri oleh pihak hospital tak la mujarab buat aku.Aku makan ubat pun aku tak boleh tidur.
Tekanan ini menimbulkan ketegangan mental dan fizikal yang kesannya ketara dialami sewaktu hendak tidur.Berbahaya apabila seseorang itu diserang al-araq ialah sekiranya ia tidak dikawal dan dirawat dengan sempurna kesan penyakit ini akan merebak dan menjadi bertambah serius.Maka tidak hairanlah sekiranya kita mendengar cerita ada antara penghidap penyakit ini tidak dapat melelapkan mata selama bertahun-tahun.
Pelbagai penyelidikan dilakukan dari masa ke semasa untuk menganalisis punca dan tekanan sebenar yang menyebabkan berlakunya al-araq sehingga membuatkan manusia yang seharusnya menikmat tidur sebagai sebahagian daripada istirahat telah kehilangan peluang yang indah itu.
Al-araq dianggap oleh semua golongan perubatan sebagai antara penyakit yang sukar ditangani, malah dari masa kemasa jumlah penghidapnya
semakin meningkat.Tekanan dalam kehidupan harian yang semakin meningkat dalam pertarungan hidup dalam dunia yang semakin kompleks ini turut membuatkan berlakunya peningkatan kes-kes tersebut.
Catatan dalam sejarah awal Islam turut memuatkan pelbagai kisah mengenai al-araq dan sekaligus membuktikan bahawa fenomena penyakit ini
turut menyerang para sahabat. Rasulullah.
Doktor hanya memberi aku ubat tidur untuk aku boleh tidur tetapi semua itu sama sahaja.Orang malam tidur tapi aku Malam berjaga bila siang orang bangun aku tidur pula tetapi tidak lah cukup selama 8jam tidur ku.Bila terbunyi bising aku akan tersedar sendiri.Kepada mereka yang dapat rasa kenikmatan tidur malam aku terasa sangat cemburu.Yelah aku tidak boleh tidur pada waktu malam.
*"Al-araq merupakan gejala penyakit yang biasanya dihidapi oleh golongan manusia yang mengalam tekanan (depression akibat dibebani pelbagai masalah hidup.)"*
No comments:
Post a Comment