Kenapa Dengan Perasaan Ini??
Mia Zahira salah seorang pelajar IPTS di Ibu Kota,Beliau menyambungkan pelajarannya dalam bidang Graphic Design... Cita-cita yang disemaikan dalam hati untuk menjadi seorang designer pada suatu hari nanti masih dalam proses.. Mia pernah di kecewakan oleh cinta.Mia pernah memiliki tunang yang berada di Sarawak.Danil seorang lelaki yang telah memikat hati mia pada suatu masa dahulu.Danil dan Mia mempunyai ikatan pertunangan selama 2tahun.Mia sangat sayang kan Danil tetapi sayang kerana satu kejadian yang berlaku di depan matanya Mia membuat keputusan untuk menyambung pelajaran nya di Semenanjung Malaysia.
Pada hari yang bahagia buat Danil dan Mia ingin melakukan kejutan buat Danil."Yes!!Bufday Hubby!!" itu lah perkataan yang telah keluar dari mulut Mia.Mia keluar untuk membeli kek dan Mia pergi ke rumah Danil.Tanpa di duga dan di sangka kejadiaan yang berlaku membuat Mia sangat kecewa dengan tunang nya itu.MIa tidak sangka apa yang beliau nampak dalam bilik tunangnya.. Tunang nya bersama seorang wanita lain di atas katil.Kecewa sungguh tak terkata.Kek yang Mia beli jatuh dari tangan nya .Tiada apa lagi yang dia rasakan pada waktu itu.Mia terus pergi meninggalkan tunang nya bersama perempuan itu.
Selepas kejadian itu,Mia membuat keputusan untuk meneruskan pengajian nya di semananjung Malaysia.Mia meninggalkan Danil tanpa kata,tanpa apa2 pesanan dan Mia teruskan niat nya .Mia melepaskan tunang nya dengan hati yang terbuka.Selepas Mia memutuskan pertunangan nya bersama Danil.Danil merasa menyesal dengan apa yang telah berlaku.Danil Masih sayang kan Mia Tetapi hati Mia tidak dapat untuk menerima Danil dalam hatinya lagi.Mia minta Danil terima takdir dalam perhubungan mereka.Danil terpaksa akui dengan kesalahan yang dia sendiri lakukan.
Selepas semua urusan bersama Danil telah selesai.Mia membawa diri ke Semenanjung Malaysia untuk masa depan nya.Mia menghabiskan masa dengan kuliahnya tanpa memikirkan Danil lagi.Danil selalu bertanya kan khabar Mia di Semenanjung Malaysia.Mia hanya melayan Danil sebagai kawan nya sahaja.Dalam kesibukkan Mia dengan kuliah nya.Hadirnya seorang insan yang meminati nya.Amir Aiman Bin Tan Sri Musa seorang lelaki yang bijak dan juga ketua MPP dalam kolej mereka.Saat perkenalan Amir dengan Mia untuk kali pertama telah membuat Amir terpikat dengan gadis yang manja,cantik,sopan dan menghormati orang di sekeliling mereka.
Amir bukan lelaki yang pandang harta benda dalam perkenalan tetapi ciri2 kewanitaan yang ada pada setiap wanita.Kali ini Amir terasa yang dia telah jumpa seorang wanita yang dia ingin miliki.Amir memberani kan diri untuk mengenali gadis yang bernama Mia Zahira.Mia hanya menganggap Amir sebagai kawan dan senior dalam kolej nya.Tanpa disangka pada suatu hari sewaktu mereka keluar lunch bersama.Amir memberitahu hasrat hati nya kepada Mia dan ingin Mia menjadi permasuri dalam hidup nya .Mia bukan tidak ingin menerima Amir tetapi kerana Mia baru sahaja putus tunang dengan Danil dan disebabkan itu Mia masih terasa takut untuk menerima Amir dalam hidupnya.Mia belajar segala2 nya setelah putus pertunangan dengan Danil.
Mia keliru adakah dia masih cintakan tunangnya atau hati nya telah terbuka untuk lelaki bernama Amir Aiman Bin Tan Sri Musa.Mia merasa keliru dengan hati nya.Kalau dia menerima Danil sekali lagi dia akan merasa kecewa lagi tapi kalau dia pilih Amir adakah keluarga Amir menerima nya.Mia bermain dengan perasaan nya sendiri.Mia juga tidak yakin dengan apa yang dia fikirkan.Tapi disebabkan ketulusan hati Amir yang Mia nampak .Mia terima Amir seadanya.Alhamdulilah Amir seorang lelaki yang selalu memahaminya dan menghormatinya.Amir berhasrat untuk mengenalkan Mia dengan keluarga nya.Tapi Mia takut kerana pangkat Mia tidak berani untuk bertemu keluarga Amir.Amir cuba memberi semangat kepada Mia sehingga lah Mia kata kan ya...
Setelah jawapan yang Mia beri akhir nya hujung minggu Mia mengikuti Amir untuk bertemu dengan keluarga nya.Alhamdulilah Mia disambut dengan baik oleh keluarga Amir.Mia tidak sangka kelurga Amir menerima dia seadanya tanpa memikirkan pangkat mereka.Dengan perbincangan keluarga Amir ..Keluarga Amir ingin melamar Mia pada hujung tahun nanti.Bagi Amir semua keputusan itu Amir ikut sahaja .MIa terpaksa minta izin untuk membuat keputusan bersama kelurga nya dahulu.Akhirnya semua pihak menerima keputusan mereka dengan baik.Akhrinya Mia dan Amir Menamatkan zaman bujang mereka pada cuti semester.Mia dan Amir membahagikan masa belajar dan tanggungjawab mereka.Danil hadir ke majlis Mia dengan hati terbuka dan ikhlas.Alhamdulilah Mia bahagia bersama suami tercinta.
*kita akan rasa keliru kerana pilihan yang hadir itu lebih baik daripada yang sebelum ini.Terima nya seadanya jika ingin merasa kemanisan dalam perhubungan kita pada suatu masa nanti *

No comments:
Post a Comment